dunia..
Posted: Saturday, April 24, 2010 by qaseh sayunk inhari-hari kita dikejutkan dengan pelbagai jenis malapetakan bencana alam yang melanda dunia tidak kiralah samaada gempa bumi,banjir besar dan juga letusan gunung berapi..suhu dunia buat masa sekarang boleh dikatakan sudah meningkat dan ini mendorong pencairan ais dikawasan antartika dan menyebabkan air laut menjadi bertambah. Baru-baru ini berlaku lagi letusan gunung berapi Eyjafjallajok yang mana melumpuhkan segala sistem termasuklah sistem penerbangan di Eropah. Efek daripada letusan gunung berapi tersebut menyebabkan dunia menjadi sedikit kelam kabut.
Ekoran letusan gunung berapi Eyjafjallajokull, yang mana mengeluarkan gumpalan awan yang berdebu meyebabkan ruang udara beberapa buah negara eropah terjejas.Antara negara-negara Eropah yang terjejas ruang udara mereka dan terpaksa ditutup adalah termasuk Normay, France, Sweeden dan Finland.Letusan gunun berapi yang berlaku di Iceland ini membawa kesan-kesan buruk antaranya yang utama ialah :
1. Hampir kebanyakan penerbangan ditangguhkan sehingga hari ini akibat daripada gumpalan asap berdebu yang tebal,
2. Berlaku pencairan ais dan dikhuatiri banjir akan berlaku,
3. Sumber makanan dan keperluan harian terganggu,
4. Kesihatan terjejas.
Akibat daripada kejadian ini juga, kemungkinan pengangkutan darat seperti keretapi sangat diperlukan dan juga pengangkutan air.
Bencana yang datang ini adalah merupakan daripada sikap angkuh manusia itu sendiri yang dikatakan tamak dalam mengejar harta hinggakan memusnahkan alam sekitar itu sendiri. Tidak kiralah bencana apa sekalipun,sekiranya manusia itu terus lalai hinggakan mengabaikan bumi,berbagai bencana lagi akan menimpa lagi selepas ini..