hari-hari adalah hari yang tersumbat!!!
Posted: Thursday, April 9, 2009 by qaseh sayunk inpelajaran adalah salah satu keperluan didalam kehidupan yang penuh dengan ranjau sekarang ini..tanpa pelajaran bermakna kehidupan kita akan sedikit payah tetapi tidak bermaksud tanpa pelajaran kita akan ketinggalan..dunia sekarang memerlukan kita berusaha untuk terus berjaya,kouta untuk hidup dengan senang lenang itu semakin hari semakin sempit dek kerana persaingan untuk hidup..semakin ramai orang pandai sekarang,semakin ramai orang yang sampai ke menara gading mengejar segulung ijazah dan juga ke peringkat yang paling tertinggi sekiranya boleh,apa lagi yang boleh diharapkan sekiranya kita yang tak pandai ini masih terkontang-kanting mencari sesuatu yang belum pasti,apakah sekiranya kita tidak ada kelulusan kita akan terpinggir dan tidak mendapat kehidupan yang senang,bak kata pepatah,kais pagi makan pagi,kais petang makan petang..haha apa yang aku merepek ni..sememangnya pelajaran itu bukanlah senang untuk kita tempuhi kerana berbagai-bagai ranjau perlu ditempuhi untuk kita berjaya..apa kejadahnya,semakin hari semakin tersumbat kerana pada aku semakin hari semakin payah,haha memang tidak ada masa langsung untuk menarik nafas,dan tercungap-cungap kerana letih mengejar pelajaran itu sendiri,tetapi untuk kita terus berjaya itulah sebenarnya yang perlu kita tempuh..tapi pulangannya nanti amatlah berbaloi..