DIRI AKU,AKU PUNYA PASALLAH!!!
Posted: Saturday, January 31, 2009 by qaseh sayunk inDalam kehidupan normal seseorang manusia,kita mesti ada sikap-sikap negatif didalam diri kita,siapa cakap semua manusia ni baik hati,kalau semua ni baik,mestilah tidak ada kekejaman,tidak ada perkosaan,penindasan dan segala macam benda yang boleh menjatuhkan orang lain.Secara normalnya setiap manusia dibekalkan dengan hati dan perasaan,dan setiap manusia tidak ada perbezaan pun antara satu sama lain..tidak kiralah samaada warna kulit,bangsa,keturunan mahupun taraf kehidupan,kerana setiap manusia berhak untuk hidup diatas muka bumi dengan aman dan saksama,jadi kenapa hak seseorang manusia itu mesti perlu dipertikaikan,hak untuk berpakaian dan untuk hidup dalam keadaan aman,kenapa mesti ada sahaja mata-mata kebencian yang kononnya sungguh suci dan berhati mulia,yang tak tahu hujung pangkal tiba-tiba menghaburkan kata-kata yang sungguh kesat,kenapa manusia tidak boleh melihat benda yang diluar dari skop pemikirannya sebagai satu benda yang positif?kenapa mesti menuduh sesuatu perkara itu dengan membuta tuli sahaja tanpa sebarang usul periksa,apakah yang bermain dibenak fikiran mereka sebenarnya?aku amat tidak mengerti apakah sebenarnya manusia ini dilahirkan untuk menunjukkan kehebatan,kenapa mesti ada sifat keheroaan didalam diri seseorang manusia itu,aku bukanlah seorang gangster yang tiba-tiba nak menunjukkan kehebatan diri,aku cuma manusia biasa yang mahukan hak untuk diri dan kehidupan aku sendiri!!!