politikal dalam pemikiran punk..

Posted: Sunday, December 14, 2008 by qaseh sayunk in
0

Punk..apakah reaksi anda apabila mendengar perkataan ini. Pasti ramai yang akan membayangkan dan mengimaginasi satu kumpulan dengan cara pemakaian fesyen yang mengejut memakai jaket penuh stud,seluar penuh patches mendengar lagu-lagu yang orang normal takkan dengar,dan apabila ada diantara kita yang cuba mengutarakan topik tentang politikal,ramai yang akan merujuk kearah parti-parti politik yang sedang hangat bergolak sesama mereka..stop it here!! ini semua bukanlah sebahagian daripada apa yang dimaksudkan atas nama punk itu sendiri. punk bukanlah sepenuhnya berdasarkan dengan fesyen. mungkin punk lebih terarah untuk memakai pakaian yang dapat menunjukkan kata mereka itu adalah punk. fesyen bukanlah sesuatu yang penting didalam punk,punk adalah merangkumi keseluruhan kehidupan manusia,jadi tidak ada halangan untuk anda memakai macam mana sekalipun,itu adalah hak anda..politik atas dasar punk bukanlah berkaitan dengan parti-parti politik.politik dari visi punk adalah menyentuh dan berkaitan dengan kehidupan seseorang,cara berfikiran dan tindakan seseorang dalam sesuatu keadaan atau situasi.politik dalam pandangan parti-parti politik ini adalah lebih terarah kepada sistem dan bukanlah 100% tergolong dan menyentuh erti sebenar politik itu.

punk adalah salah satu aktiviti politikal yang positif dan ianya terbahagi kepada 2 kategori,yang aku tahulah,kategori pertama adalah aktiviti-aktiviti yang memperkembangkan komuniti DIY hc punk ini seperti membuat zine atau newsletter,kolektif,meriliskan sesuatu rakaman dan mengorganisasikan sesebuah gig,distributekan stuff-stuff punk,trade,travel mahupun berkenalan bersama-sama dengan rakan punk yang lainnya.semua ini berkaitan dengan kerja-kerja ataupun aktiviti didalam scene.manakala pada kategori yang lain pula terarah kepada atittude seseorang seperti etika D.I.Y,SXE,veganisme,anarchism,anti facist dan racist dan lain-lain,ini terpulang kepada pemikiran seseorang individu itu.jangan jadi lalang sudah la..tengok orang jadi punk crust,kita pun jadi crusties,tengok orang pangkah tangan kita pun pangkah tangan,itu orang yang berpendirian tidak tetap.Punk bukanlah trend tetapi idealisma.

0 comments: