nasib alam sekitarku!!
Posted: Sunday, November 9, 2008 by qaseh sayunk in
0
Suasana dikampung pada dasarnya adalah sungguh nyaman dan menyegarkan..apabila bangun pagi-pagi menghirup udara segar,embun pagi menitis menyejukkan lagi suasana..tetapi sejak ada kilang simen berdekatan dengan kawasan rumah aku ni,suasana demikian tidak dapat aku rasakan lagi..memanglah kalau bangun pagi kita akan rasa segar,tetapi bukanlah sesegar mana pun kalau berada dikawasan kampung aku ni,sebab apa,sebab kadang-kadang kilang ini mengeluarkan asap yang tebal..sebabnya mereka sedang memproses batu batan yang ditarah dari bukit berhampiran untuk dijadikan simen,sudahlah mengeluarkan asap dan mencemarkan alam sekitar,bukit pun habis kena gondol..inilah yang dinamakan kapitalisma..hanya mementingkan keuntungan semata-mata tanpa mempedulikan kesannya terhadap manusia dan alam sekitar, memang aku akui kalau bangun pagi tak sah kalau aku tak selesema,boleh dikatakan tiap-tiap pagi aku akan selesema,sudahlah aku ada resdung..memang tidak ada tindakan yang boleh nak diambil kerana kilang ini boleh dikatakan penyumbang besar jugaklah kepada ekonomi negeri ini,kerajaan negeri pun turut bersetongkol,jadi rakyat nak membantah pun tak boleh..yang menjadi masalah sekarang adalah kenapa lokasi dikampung aku juga yang menjadi mangsa walhal kawasan lain masih ada yang jauh dari penempatan penduduk,dekat sini sudahlah dekat rumah penduduk lepas tu pulak kedai makan pun banyak,jadi ini akan menimbulkan suasana yang kurang sihat kerana debu banyak berterbangan sana sini. sudah semestinya tokey kilang ini sedang tersenyum puas kerana keuntungan yang diperolehinya tetapi bagaimana pula dengan nasib penduduk,orang yang tinggal dikawasan ini,apa perasaaan mereka,ada kapitalis-kapitalis ini nak ambil tahu..kemewahan bukanlah menjamin kesenangan hidup sampai bila-bila..