komen Din Roots mengenai zine QASEH SAYUNK#1 dalam Broken Noise
Posted: Wednesday, October 8, 2008 by qaseh sayunk in Labels: komenQaseh Sayunk #1 / A5 / B.M / Ogos 2008 / RM3ppd
Lepas Revolution kena hentam teruk dengan budak-budak hardcore, kini Encik Megi datang lagi dengan zine Qaseh Sayunk. Memang bersemangat dia ni, masih nak terus menulis dan berkarya. Maknanya Revolution memang dah tak wujud lagi. Tapi tu secara bertulisnya sahaja. Hakikatnya Revolution masih wujud dengan nama yang baru. Itu jer. Gali lubang tutup lubang. Tak kemana pun. Tapi tak kisah la, tu semua atas kehendak tuan editor sendiri. Jangan sebab termakan hasutan dengan kritikan dan teguran ganas budak-budak hardcore sudahlah. Pendirian tu penting. Dah lama aku tak dapat zine yang menggunakan konsep tulis tangan. Kalau dulu banyak, tapi sejak budak-budak hardcore ni dah celik dengan dunia komputer dan segala perisian grafik, teknik tulis tangan tu macam dah mati dan Encik Megi cuba hidupkan balik budaya tulis tangan untuk isu yang pertama ni. Pada aku memang tak ada masalah selagi tulisan tangan tu kemas, cantik dan tak menyusahkan orang lain untuk membacanya. Aku tahu tulisan tangan pun sebahagian daripada seni dalam hardcore punk. Lebih-lebih lagi bila dikaitkan dengan istilah DIY. Ada semangat besar yang cuba ditonjolkan untuk isu pertama ni. Tulisan tangan Encik Megi ni tak la teruk sangat, masih boleh dibaca lagi. Cuma dari sudut halwa mata tu agak kurang sikit la. Biasa la tulisan tangan memang susah nak maintain. Kejap naik, sekejap turun. Macam kehidupan kita jugak. Mana boleh selalu gembira. Sesekali kena menangis jugak. Dari segi susun atur masih boleh diperbaiki lagi dari masa ke semasa. Artwork, gambar hiasan dalaman memang ok. Gambar yang diambil dari internet dan beberapa sumber lagi. Untuk isu pertama ni ada interview bersama xKerkx, Din Akar dan Riot Girl London. Soalan santai-santai jer. Tapi biasa la jawapan dari Din Akar memang panjang. Dia ni kalau jawab apa pun soalan interview memang berjela dan merapu. Nasip dia la! Terdapat jugak sudut ulasan bahan bacaan dan musick yang sedikit. Tapi ruangan tu tak berapa penting sangat. Dari segi penulisan dan isi penting dalam zine ni memang banyak yang boleh dibaca dan dipuji. Idea Encik Megi ni memang tak pernah terjangkau oleh kebanyakkan editor zine yang ada sekarang ni. Kebanyakkan orang buat zine cerita benda-benda seputar dalam hardcore punk. Tapi Encik Megi pulak bercerita tentang hal persekitaran dia. Dari tempat tinggal dia, kaitan dengan pencemaran kilang berhampiran kampung dia, masalah dengan hospital yang kejam, harga minyak naik, permandangan serta suasana hidup dikampung yang dikelilingi sawah bendang dan bermacam lagi cerita yang dikait-kaitkan dengan sosial dan politik. Memang menarik. Siap ada artikel bagaimana padi tu ditanam sehinggalah menjadi beras dan seterusnya nasi untuk dimakan oleh kebanyakkan orang. Pernah kita fikir semua benda-benda tu bila buat zine? Menyelami kehidupan orang kampung memang menyeronokkan. Kampung aku dulu pun ada sawah jugak. Masa aku kecik dulu memang ada pengalaman la tengok atuk dan makcik-makcik aku menuai padi. Mandi kolam, membanting padi dan sebagainya. Tak lupa jugak artikel tentang pembuangan bayi. Benda ni akan jadi boleh bila dikaitkan dengan tanggungjawab. Main pandai, bila dah sedap apa pun tak ingat. Tapi bila dah mengandung mula gabra, lepas tu tak tau nak buat apa pergi buang bayi tu. Ni bukan masalah pro choice atau pro life, tapi masalah tanggungjawab you idiot! Ada jugak la cerita-cerita seputar hardcore macam musick hardcore yang laju dan ganas, sejarah-sejarah hardcore dan yang seangkatan dengannya la. Encik Megi ni sebenarnya adalah seorang penternak itik yang berjaya dikampungnya. Hidup cara kampung biasa la, kalau tak bercucuk tanam, memelihara haiwan ternakkan la. Berbudi pada tanah untuk menentang kapitalisma. Banyak lagi la benda menarik yang boleh dibaca dalam zine ni. Isu hardcore Pekida haram jadah pun ada jugak. Aku kalau benda-benda yang bersangkut paut dengan rasis ni memang betul aku tak gemar. Pekida tu ibarat racun yang membunuh keamanan manusia jer. Mati la dengan Pekida. Cakap banyak pun tak guna, dapatkan sendiri zine ni sementara masih panas lagi ni. Jangan asyik nak beli stuff d-beat jer. Selamat berpuasa dan sekian terima kasih. Norhasbullah Bin Ahmad. 763, Kampung Titi Tampang, Jalan Kilang Gula, 02450, Chuping, Perlis, Malaysia / gorilla_biskut@yahoo.com.my